Thursday, October 27, 2016

Buat Duit Online Testing Laman Web

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kesempatan ini saya ingin tunjukkan bagaimana anda boleh buat side income online dengan mencuba/testing laman web dan memaklumkan sebarang 'bug' jika ada.

Terdapat banyak servis yang membuka pendaftaran untuk websites tester seperti ini. Walau bagaimanapun kebanyakkannya memerlukan pengalaman dan kelayakkan tertentu sebelum anda diterima.

Tetapi yang ingin saya tunjukkan pada artikel ini ialah syarikat yang membuka pendaftaran kepada sesiapa sahaja termasuk anda walaupun anda tidak pernah memiliki pengalaman atau kelayakan tertentu menjalankan website testing.

Syarikat yang dimaksudkan ialah Rainforest QA. Testing daripada Rainforest dijalankan secara crowdsourcing. Maknanya ramai orang yang menjalankan ujian, hasil yang diperolehi daripada kelompok majoriti dianggap sah/valid.

Sebelum anda rasa teruja untuk mendaftar, saya ingin ingatkan anda bahawa pendaftaran untuk Rainforest tidak dibuka sepanjang masa. Mereka hanya membuka keahlian jika terdapat keperluan (kekurangan tenaga tester).

Tapi, jangan kecewa dahulu, pendaftaran akan dibuka dari semasa ke semasa. Anda harus sentiasa peka untuk akses kepada keahliannya.

Ketika artikel ini dikemaskini, pendaftaran masih tidak dibuka. Jika ada pengambilan baru, pengumuman akan dibuat, jadi jangan lupa rajinkan diri baca forum ClixSense untuk alert.

Bagaimana untuk mendaftar akaun Rainforest dan mula test laman web?


(1) Pertama sekali, anda mesti buka akaun ClixSense.

(Baca juga artikel saya tentang ClixSense)



(2) Kemudian anda perlu buka pula akaun CrowdFlower.

Baca artikel saya bagaimana untuk buka akaun CrowdFlower.

Untuk akses kepada Rainforest, anda mesti memiliki lencana level 1 di CrowdFlower.



Baca artikel saya bagaimana untuk mengumpulkan level badges di CrowdFlower.

(3) Anda mesti sekurang-kurangnya membuat satu kerja di Rainforest di platform CrowdFlower untuk menebus keahlian Rainforest.

Apabila Rainforest mahu mengambil tester baru, mereka akan menyenaraikan kerja mereka di platform CrowdFlower. Mereka tidak mengambil tester baru tiap-tiap hari atau sebulan sekali atau setahun sekali. Mereka tidak ada masa yang tetap untuk mengambil tester baru. Mereka hanya mengambil jika terdapat keperluan. Maka anda perlu sentiasa peka..

Sementara menunggu jemputan ini, boleh buat tugas/task daripada CrowdFlower secara berterusan, dengan itu anda tidak akan terlepas peluang mendapat akses ke Rainforest.

Tugasan Rainforest di platform CrowdFlower dilabelkan dengan tajuk-tajuk berikut atau yang lebih kurang dengan mereka:

Test Applications For Rainforest Qa
Test A Web Application Using Any Browser

(Tugasan level 1, pastikan anda sudah memiliki level 1)



Selesaikan mana-mana tugasan di atas dan anda akan dapat notis melalui CrowdFlower bagaimana untuk menebus keahlian RainForest.

Setelah memiliki akaun Rainforest, sebelum melaksanakan sebarang kerja


Anda tidak mempunyai pilihan, anda mesti melaksanakan tugasan Rainforest menggunakan Google Chrome. Download dan install jika belum ada. (Tugasan pertama di CrowdFlower boleh dilakukan menggunakan sebarang pelayar internet.)

(1) Install Google Chrome extension.

Pautan (link) untuk download disertakan bersama-sama notis untuk tebus akaun Rainforest. Logo extension berbentuk bulat mempunyai daun putih pada latar belakang hijau.

Logo extension ini akan berubah-rubah mengikut keadaan berikut:

Latar belakang hijau - extension aktif/hidup dan sedang mencari kerja untuk anda.
Latar belakang kelabu - extension terputus daripada internet.
Latar belakang hijau dengan tulisan "WIP" - anda dapat kerja dan sedang membuatnya.
Latar belakang kelabu dengan tulisan "OFF" - extension dimatikan.

Klik sekali padanya untuk hidupkan/matikan extension.

Cara melaksanakan tugasan Rainforest


(1) Take screenshot - Langkap pertama untuk setiap tugasan (dikenali sebagai "HIT" - Human Intelligence Task), copy dan paste pautan yang diberikan pada pelayar web Virtual Machine yang disediakan. Apabila laman sudah dimuat sepenuhnya (samada berjaya atau error - jangan sesekali klik refresh kecuali disuruh) klik pada butang "Take Screenshot".

(2) YES atau NO - Setiap langkah mempunyai arahan. Jika anda boleh ikut arahan tanpa sebarang masalah, sila klik "YES" untuk mara ke langkah seterusnya. Jika anda tidak boleh ikut arahan (contoh: arahan suruh klik butang "daftar" tapi di situ tidak ada butang yang dimaksudkan) sila klik "NO" dan maklumkan situasi yang anda hadapi (ini bermakna anda sudah menjumpai satu 'bug').



Bayaran


Rainforest bayar 4 pennies/cents (0.04x4 = ~RM0.16) setiap step. Jadi jika satu HIT mempunyai 50 langkah seperti di atas, anda akan dapat $2. Walau bagaimanapun, jika anda menjumpai bug di tengah jalan contohnya di langkah ke-20, anda hanya akan dapat 20x4 = 80 cents.

Bonus


Jika anda siapkan sekurang-kurangnya 10 tugasan dalam tempoh 24 jam (zon waktu UTC), anda akan dapat 10% bonus. Jika siapkan 100 tugasan, bonus 20%.

Selain itu, kalau buat minimum 10 tugasan, ClixSense bagi bonus tambahan (sehingga 16%).

Jangan keliru, bonus Rainforest dan bonus ClixSense adalah dua bonus yang berbeza: Contoh, kalau buat 10 tugasan Rainforest, dapat bonus 10%. 10 tugasan dan 10% bonus ini akan masuk ke dalam kiraan ClixSense sebagai 11 tugasan. Jumlah earning daripada 11 tugasan ini pula akan diberikan bonus 16% oleh ClixSense. Lumayan kan.

Auto Rejection


Pada langkah tertentu anda akan dapati soalan-soalan lebih kurang berikut ditanya:

Look at the page, are you currently breathing? - YES
Look at the page, are you a human? - YES
Look at the page, is there *benda mengarut dan tidak masuk akal* on the page? - NO
Use a calculator, is the sum of A and B is C?

Pastikan jangan tersilap klik. Kalau anda tersilap klik, sila restart job berkenaan. Anda akan dapat auto rejection jika klik pada jawapan yang salah. Walau bagaimanapun, anda masih akan mendapat manual rejection jika kerja anda tidak memuaskan.

Contoh kerja yang akan ditolak: Step berkenaan sangat jelas "NO" malah anda sendiri tahu ianya "NO" tetapi anda klik "YES" (maksudnya anda menipu) kerana ingin sampai ke langkap terakhir (untuk dapatkan bayaran penuh HIT berkenaan). Jangan lakukan ini, akaun anda akan ditutup.

Panduan untuk anda. Baca semua 10 halaman yang ada.

Training Jobs


Di awal-awal pendaftaran, anda akan terima banyak training jobs (tidak dibayar). Sila buat dengan baik. Lepas ini anda akan terima kerja yang sebenar (dibayar).

Bagaimana anda dibayar


Anda mungkin tertanya-tanya kenapa mesti buka akaun ClixSense dan CrowdFlower padahal buat kerja untuk Rainforest. Untuk makluman, ketiga-tiga ini ialah syarikat yang berbeza. Rainforest setakat ini belum memiliki sistem payout sendiri. Ini yang berlaku:

(1) Anda buat kerja Rainforest, Rainforest arahkan CrowdFlower untuk bayar anda.
(2) CrowdFlower debit duit dari akaun Rainforest di sana dan kreditkan kepada anda.
(3) ClixSense ialah labor channel CrowdFlower, maka hasil dari task akan masuk ke akaun ClixSense.

Baiklah, kita sudah sampai ke penghujung artikel. Semoga anda dapat akses ke akaun Rainforest. Apabila sudah dapat, baca panduan dari pautan yang saya telah saya beri supaya anda jadi tester yang baik dan mengelakkan keahlian ditamatkan.

Sebarang pertanyaan tentang penerangan saya dan juga program yang saya syorkan, sila tinggalkan ulasan. Saya akan cuba terangkan. TQ :)
Emoticon Emoticon